IBUKU SAYANG

IBUKU SAYANG

Monday 13 February 2012

Fenomena UIA dan Ustaz Don

Assalamualaikum semua,

Diharap semuanya sihat sahaja. Semoga hari ini ialah hari yang bermakna untuk kita semua. Memulakan hari dengan niat untuk bekerja kerana Allah S.W.T. Sesungguhnya diri ini juga berasa sangat  lemah untuk memulakan hari2 di sini..Walaubagaimanapun dikuatkan juga semangat. Ehmm ..meniti hari2 yang mendatang pada masa ini kita banyak didedahkan dengan pendedahan kepada ilmu2 agama yang menggunakan pelbagai pendekatan teknologi untuk menyampaikan ilmu agama. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat , IT adalah medan kepada perkembangan tersebut. Sepertimana popularnya Ustaz Azhar Idrus melalui youtube begitu juga dengan Ustaz Don melalui segmen 30 minit bersama Ustaz Don di tv ALhijrah. Mereka ini  adalah kalangan pendakwah yang berjaya menarik minat golongan muda untuk mendekati dan mempelajari agama islam dengan lebih mendalam. Alhamdulliah , dilihat perkembangan ini sangatla positif dikalangan masyarakat islam pada masa ini. Hakikatnya, orang muda geng kita adalah kata-kata Ustaz Azhar Idrus yang amat disenangi oleh semua golongan.malahan melalui cara ini lebih banyak golongan muda berminat kearah tersebut. Begitu juga saya, setiap 6.30 pagi akan saya buka TV alhijrah untuk melihat ceramah ustaz Don. Orang penang tau usatz ni. Dimaklumkan oleh kakak saya Ustaz don nak bagi ceramah dekat Madrasah di umah saya di Bukit Mertajam. Pasti penuh dengan ahli jemaah. Yela ustaz muda yang berilmu. Saya pernah la berbual dengan rakan abang yang bekerja di kedai Pak San depan umah saya tu, dia kata untuk mendapat kan Ustaz azhar nak bagi ceramah dekat masjid Padang Lalang kena tunggu tahun 2013!! Bayangkan jadual ustaz tahun 2012 penuh dah. alhamdulliah perkembangan yang baik la..
Ape2 pun saya sokong mana2 pendakwah yang banyak menyampaikan ilmu yang bermanfaat seiring dengan peredaran zaman. semoga mereka ini diberkati perjuangan oleh Allah S.W.T..Amin..

assalamualaikum semua...

Harini seperti biasa , saya mulakan hari-hari saya dengan melangkah ke kerja menaiki kenderaan .

Ibu Hajra pula sakit dirumah..

Ibu , saya doakan ibu tabah menghadapi segala ujian yang dihadapi sekarang ini..
Saya berdoa agar segala kesakitan yang dihadapi oleh ibuku adalah penebus kepada dosa-dosa Ibu..
Ibu ku ingin kau tahu bahawa anakmu ini terlalu menyayangi dirimu ..
Ku berdoa semoga Ibu akan bersama-sama para mukmin di akhirat kelak..

Sayang Ibu Selalu